Assalamualaikum
semua . Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yerk J
Sebenarnya tadi aku tgh baca majalah Dara.com then aku tertarik dgn satu page
nie , 5 perkara penting dalam bercinta . Wow wow aku nak share cket laa , hahax
>.<’’
1 ۞ Sayangilah Si Dia Dengan
Hati Bukan Dengan Perasaan
Jika
anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal
kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda
,meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta
dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.
2 ۞ Hormati Pendiriannya
Jangan
sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima
cintamu. Biar pun sedalam mana cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat
keputusan. Sekiranya mendesak apa yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus hati. Baik anda meraih cinta dari orang yang
benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya
sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta lansung terhadap anda .
Sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus melebihi segalanya .
3 ۞ Menerima Si Dia Seadanya
Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu
mengubah, selamanya kamu akan terus mengubah dirinya . Tentu kamu masih ingat,
kenapa boleh terpikat dengan si dia. Maka , tiada alasan untuk anda mengubah
dia menjadi seseorang yang lain.
4 ۞ Elak Bersangka Buruk
Langkah
paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa.
Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia . Namun andai ada
yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh . Islam
menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk . Sentiasa
bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang
kecil .
5 ۞ Hargai Pengorbanan
Sesungguhnya
si dia telah banyak berkorban untuk anda . Dengan kelebihan yang ada padanya,
si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna
dari and, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda . Oleh sebab
itu , jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya .