Sunday, 29 July 2012

Tipcinta ♣




Assalamualaikum semua . Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yerk J Sebenarnya tadi aku tgh baca majalah Dara.com then aku tertarik dgn satu page nie , 5 perkara penting dalam bercinta . Wow wow aku nak share cket laa , hahax >.<’’


1 ۞  Sayangilah Si Dia Dengan Hati Bukan Dengan Perasaan
       Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda ,meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.

2 ۞ Hormati Pendiriannya
       Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biar pun sedalam mana cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak apa yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. Baik anda meraih cinta dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta lansung terhadap anda . Sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus melebihi segalanya .

3 ۞ Menerima Si Dia Seadanya
       Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah, selamanya kamu akan terus mengubah dirinya . Tentu kamu masih ingat, kenapa boleh terpikat dengan si dia. Maka , tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain.

4 ۞ Elak Bersangka Buruk
       Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia . Namun andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh . Islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk . Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil .

5 ۞ Hargai Pengorbanan
       Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda . Dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari and, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda . Oleh sebab itu , jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya .

No comments:

Post a Comment